Sunday, October 31, 2010

PBC Taawun Dapat Sambutan



Seramai 52 peserta telah berjaya mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang dianjurkan pada 30-31 Okt 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Pada hari pertama peserta terpaksa berkampung di dewan Hpa Caw Ipoh kerana dewan di Seri Malaysia telah digunakan oleh agensi kerajaan. Namun para peserta amat teruja kerana sebahagian besar peserta yang hadir tidak pernah menjejak kaki ke Hpa cawangan Ipoh. PBC kali ini telah menghimpunkan pengedar Hpa dari Manjung, Sungkai, Kuala Kangsar dan Ipoh.
Seramai tiga orang PJS terlibat menjayakan PBC kali ini iaitu PJS Hj Zainal Ahmad, PJS Sani Ibrahim dan PJS Mohd Assim Khalid serta dibantu oleh PJ Herbalis Shafariah. JK Komuniti Ipoh dan pemimpin pelapis seperti PJ Noridayu, PJ Shaurah, PJ Zaidi, PJ Zuki, PJ Nawawi PJX Zulkifli dan PJX Pauziah turut membantu menjayakan PBC kali ini.
Demontrasi perawatan seperti bekam, refleksologi, akupuntur dan pembetulan tulang belakang menjadi daya tarikan baru dalam PBC Taawun pada kali ini.
Atas permintaan ramai, Insyaallah PBC Taawun seterusnya akan diadakan pada 27 dan 28 Nov 2010 di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Untuk tempahan awal bolehlah menghubungi penyelaras Pn Shafariah -013 6641872

Sunday, October 17, 2010

KURSUS PBC TAAWUN ELIT DI IPOH -30 OKT 2010



Kepada para pengedar HPA yang ingin menambah kemahiran & pengetahuan mengenai ilmu keusahawanan dan perawatan, diminta mendaftar segera dalam Program PBC yang akan diadakan seperti maklumat berikut:-

Tarikh: 30-31 Oktober 2010 (2 hari 1 malam)-Pendaftaran 8.45 pagi.
Tempat: Hotel Seri Malaysia Ipoh
Pembimbing : PJS Hafidzan Fauzi
PJS Hj Zainal Ahmad
PJS Zamri Ibrahim
PJS Cikgu Sani Ibrahim
PJS Khalilah Wong Abdullah
PJ Herbalis Shafariah Ibrahim
(Pengisian menarik: Pengenalan Terapi Tulang Belakang, Akupuntur, Bekam dan
Refleksologi serta Diagnos anak mata dan Tapak Tangan)
Yuran Taawun: Rm130.00 sahaja (Penginapan & 8 kali makan)
Pendaftaran Awal Hubungi : PJ Shafariah 0136641872 (Tempat Terhad untuk 35 org shj)

Saturday, September 18, 2010

PERUBAHAN :JAMUAN TERBUKA IDULFITRI DI IPOH -Anjuran Zon Tengah



TARIKH : 27 Sept 2010 (Isnin)
Masa :8.00 mlm --- 11.00 mlm
Tempat : Dewan HPA Caw Ipoh Aras 2 dan 3

Semua warga HPA setiap Komuniti HPA di Perak dijemput bersama memeriahkan Jamuan Hari Raya Idulfitri 2010 Anjuran Zon Tengah. Anda dijemput membawa rangkaian baru dan lama ke majlis tersebut untuk mengeratkan hubungan di samping mendengar perkembangan terbaru mengenai HPA.

Aturcara majlis:
8.00 : Pendaftaran ( 27 hamper Cabutan Bertuah bagi 250 orang yang mendaftar awal)
9.00 : Bacaan Ummul Kitab & Lagu Rasulullah
: Majlis Ucapan
1. Ucapan Pengerusi Majlis -PJE Rahaizan
2. Doa oleh PJS Nik Ahmad Saikhan b Raja Daud
2. Ucapan Pengarah Program - PJS Hj Jamaluddin
3. Ucapan Wakil KPA dan KPU
4. Ucapan GM Zon Tengah-Us Adnan Fadhil
9.45 Penyerahan bantuan hamper barangan HPA untuk anak-anak Yatim

10.00 Jamuan Hari Raya
Menu: Lemang Mega + Rendang Ayam Kita
Nasi Himpit Beras Organik + Kuah Kacang
Mee Goreng HPA
Laksam, Nasi Lamuni
Biskut & Kuih HPA
Karipap & Samosa HPA
Minuman Kopi Radix Panas & Kordial Roselle HPA

Pakaian ; Baju Melayu dan Kurung (Baju Raya)
(Para Pemimpin & PJS diharapkan dapat juga membawa biskut raya)

11.00 : Cabutan Bertuah dan Majlis Bersurai

*** Perjumpaan Mingguan pada 24 Sept ditunda pada tarikh 27 Sept. Harap Maklum.

Monday, August 30, 2010

PBC MEGA RAMADHAN PERLU DITERUSKAN




PBC Mega Ramadhan yang diadakan di De Palma Shah Alam pada 28-29 Ogos lalu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran sekitar 200 orang peserta. Modul Kenali syarikat dibentang oleh PJM Rosmandi diikuti modul produk pilihan dibentang oleh PJS Jamaluddin Yeop Majlis manakala modul 6M dan Teknik Homeparty pula dibentang oleh PJM Cikgu Murad.
Pada hari Ahad, peserta didedahkan dengan Modul Diagnos Penyakit Melalui Tapak Tangan yang dibimbing oleh Herbalis PJS Fatin manakala Modul Plan Pemasaran pula dibentang oleh PJM Hafidzan Fauzi.

PBC Mega bertambah padu dan bermakna dengan penglibatan tokoh KPJ iaitu Ustaz Mohamad Ibrahim yang lebih dikenali Us Mat Cina yang mengimamkan Qiamullail dan Kuliah Subuh. Di samping itu, para peserta di perkukuhkan lagi kefahaman mereka mengenai MLM Syariah yang dibentang modulnya oleh pakar usul fiqh iaitu Us Ahmad Ali selaku Pengerusi Panel syariah HPA.

Kehadiran Pengarah Urusan Tn Hj Ismail b Ahmad dan Pengurus Besar En Faisol Abd Rahman yang turut membentang modul, merupakan daya penarik utama kehadiran peserta ke PBC Mega.

IFTAR KOMUNITI IPOH DAPAT SAMBUTAN




Kehadiran sekitar 55 orang memenuhi dewan HPA Cawangan Ipoh bagi meraikan sambutan Iftar Ramadhan dan Solat Tarawikh yang julung-julung kalinya diadakan adalah di luar jangkaan. Ini menyebabkan juadah utama yang disediakan iaitu nasi Keledang dengan ayam kita masak merah 'habis licin'. Begitu juga laksam dan kuih muih turut menjadi pilihan.
Kehadiran wakil Zon Tengah iaitu En Hasnol menambahkan lagi kemeriahan Iftar ini. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, diikuti dengan berbuka puasa dan solat maghrib berjamaah yang diimamkan oleh saudara Sofian.
Selepas maghrib ahli komuniti sempat mendengar maklumat terkini mengenai Hpa yang disampaikan oleh En Hasnol mewakili Zon Tengah dan daripada PJS Cikgu Sani yang mewakili Komuniti Ipoh.
Program berakhir selepas ahli komuniti bersama-sama solat Isyak dan Tarawikh berjamaah.

Tuesday, August 24, 2010

PBC TAAWUN BADAR AL KUBRA - BATAL

Oleh kerana sambutan penyertaan PBC ini tidak memberangsangkan maka pihak penganjur terpaksa membatalkan program ini. Pihak penganjur memohon maaf kepada 12 orang pengedar HPA yang telah mendaftar awal. Pihak penganjur mencadangkan supaya leader yang terlibat dapat membawa rangkaian mereka ke PBC Mega yang diadakan di Shah Alam pada tarikh yang sama. Harap maklum.

IFTAR KOMUNITI IPOH & SOLAT TARAWIKH

Pada 17 Ramadhan bersamaan 27 Ogos (Jumaat) akan diadakan majlis iftar di Caw Hpa Ipoh. Majlis akan bermula pada pukul 6.45 dan berakhir pada pukul 10.00 malam.
Tentatif program seperti berikut:

6.45 Majlis Tahlil
7.30 Berbuka Puasa
8.00 Solat maghrib berjamaah
8.15 Kuliah
9.00 Solat Isyak berjamaah dan solat sunat Tarawikh
10.00 Jamuan More

Diminta semua ahli komuniti Ipoh dapat hadir memeriahkan Iftar dan diharap dapat membawa juadah kuih muih untuk dikongsi bersama.

Saturday, August 14, 2010

PBC TAAWUN BADAR AL KUBRA DI IPOH



Pengedar-pengedar HPA kawasan Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh mendesak agar kursus PBC diadakan juga di dalam bulan Ramadhan ini memandangkan Kursus PBC Mega yang diadakan di Sungai Petani dan Shah Alam terlalu jauh untuk disertai, namun Ramadhan bukanlah alasan untuk berehat dari jalan perjuangan memartabatkan produk halal kerana sirah Nabi menunjukkan peperangan Badar berlaku dalam bulan Ramadhan.
Demi perkembangan HPA, Kelab Pemimpin Al Wahida dengan kerjasama Kelab Komuniti Ipoh akan menganjurkan Kursus PBC Taawun Badar Al Kubra seperti maklumat berikut:

Tarikh : 28-29 Ogos 2010
Tempat : Hotel Seri Malaysia Ipoh
Pembimbing: PJS Tn Hj Zainal Ahmad
PJS Aznin Ujang
PJS Herbalis Khalilah Wong Abdullah
PJS Tn Hj Jamaluddin Md Nor
PJS Mohd Assim b Hj Khalid
PJS Cikgu Mohd Sani Ibrahim
PJ Herbalis Shafariah Ibrahim
PJ Cikgu Abd Hamid

PBC Taawun diadakan berkonsepkan tolong menolong iaitu kalangan leader yang telah berjaya digalakkan membantu pengedar HPA untuk mengembangkan jaringan melalui bantuan sebahagian yuran kursus.

PBC kali ini menawarkan pakej istimewa untuk para peserta membawa keluarga berbuka puasa bersama dengan pelbagai menu juadah berbuka di hotel yang ada sijil halal Jakim.
Kanak-kanak berumur 5-12 tahun -RM18
Ahli keluarga berumur 12 ke atas -RM32

Lebih menarik, PBC kali ini menawarkan kepada para peserta mengikuti solat sunat tarawikh dan tazkirah bersama dengan Imam Tahfiz yang dibawa khas dari Maahad Tahfiz Ibnu Sina.
Untuk keterangan lanjut hubungi Pengarah PBC : Pjs Cikgu Sani Ibrahim 0196975317
Pjs Khalilah Wong - 0194288416

PERUBATAN JAWI BERKEMBANG





Pada 8 Ogos 2010, bertempat di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Kamunting, Taiping, Perak telah berlangsung Kursus Asas Bekam al Hijamah 10 Titik Sunnah: Ke Arah Penyembuhan Sebenar. Kursus yang dianjurkan oleh Team Herbalis Ikhwan ini telah menarik kehadiran seramai 15 orang peserta yang kebanyakannya terdiri dalam kalangan pengedar-pengedar HPA. Kursus ini meliputi tiga modul iaitu:

Modul 1- Menyusuri Visi & Misi HPA
Modul 2- Konsep Perubatan Jawi
Modul 3- Teori & Amali 10 Titik Bekam Rasulullah:Ke Arah Penyembuhan Sebenar.

Kursus yang bermula 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang ini dikendalikan oleh PJ Herbalis Shafariah Ibrahim dan PJS Cikgu Sani. PJ Herbalis Shafariah dalam ucapannya mengajak para peserta mendalami lagi Perubatan Jawi dengan mengikuti kursus KPJ, Program Ilmu Cemerlang (PIC) dan Sijil Herbalis yang dianjurkan oleh Unit Perubatan JAWI HPA sendiri. Beliau turut menekankan tentang kepentingan ilmu perawatan yang ada dalam HPA sebagai satu jalan untuk mengembangkan empayar perniagaan HPA dengan melakukan penajaan yang berkesan disamping melariskan jualan produk-produk herba HPA. Seterusnya beliau menegaskan tentang pentingnya pengedar HPA bukan setakat menjadi seorang herbalis tetapi usahawan herbalis untuk kelangsungan HPA.

Friday, August 6, 2010

Nasi Lemak Mesra Jantung di Ipoh

Malam mingguan Ipoh pada 7 Ogos 2010 telah menarik kehadiran 29 orang pengedar HPA di sekitar Ipoh. Perjumpaan ini merupakan mingguan terakhir sebelum Ramadhan. Ia telah diisi dengan pembentangan modul Isu kepenggunaan, Kenali Syarikat dan modul perawatan dengan tajuk :Menu Sihat Bersama HPA. Pengedar Komuniti Ipoh berpeluang menunjukkan kreativiti dengan menyediakan menu sihat berasaskan produk HPA. Terdapat 4 penyertaan iaitu:

1. Menu 1: Nasi Lemak Mesra Jantung oleh PJ Shafariah Ibrahim
2. Menu 2: Nasi Lemak Cuka Nipah oleh Pjx Puan Pauziah
3. Menu 3: Nasi Kurma Aren & Ayam Organik oleh PRX Pn Haslinda
4. Menu 4: Nasi Ayam Organik oleh Pn Hashimah

Menu Nasi Lemak Mesra Jantung menjadi tumpuan dengan rasanya yang luar biasa kerana menggunakan minyak zaitun HPA menggantikan santan kelapa, Corcumin sebagai pewarna organik, Mega 3 Kapsul dan Madu sebagai perisa, Sos Cili dan Sos Tomato sebagai ramuan utama sambal ikan bilis.

Pertandingan ini dihakimi oleh PJS Nik Ahmad Saikhan dan PJS Cikgu Sani. Johan pertandingan menyediakan menu sihat ini akan diumumkan semasa jamuan berbuka Puasa Mega Ipoh yang akan diadakan pada minggu ke 3 Ramadhan. Insyaallah.

Bagi yang berminat untuk mengetahui cara penyediaannya bolehlah menghubungi Unit Herbalis Pn Shafariah di h/p 013 6641872

Wednesday, August 4, 2010

KENALI PJS PERAK

Berikut adalah senarai terkini PJS Perak yang berada di Wilayah Zon Tengah kendalian Kelab Pemimpin Al Wahida.

1. 028728.MY01 JAMALUDDIN BIN MD NOR-MANJUNG
2. 037388.MY01 MYZA SDN BHD -BIDOR
3. 053864.MY01 HARIDAH KHANUN BT REHMAN KHAN -TAIPING
4. 067943.MY01 MEOR JOHAIDI BIN HAMID- TELUK INTAN
5. 073502.MY01 NIK AHMAD SAIKHAN BIN RAJA DAUD -IPOH
6, 281587.MY01 MOHAMAD SANI BIN HJ IBRAHIM -IPOH
7. 288781.MY01 KHALILAH WONG BT ABDULLAH -SRI ISKANDAR
8. 309827.MY01 MOHD AASIM BIN KHALID -KUALA KANGSAR

Wednesday, July 28, 2010

'AJAIBNYA KEBANGKITAN ' PERAWATAN NABI



Atas permintaan tinggi umat Islam terhadap perawatan Nabi iaitu "Bekam al Hijamah 10 Titik Sunnah" maka Team Herbalis Ikhwan akan menganjurkan Kursus ini seperti maklumat berikut:
Tarikh: 8 Ogos 2010
Tempat: Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Kg rahmat kemunting, Taiping
Yuran : Rm75.00 (jamuan, bahan nota, alatan amali & sijil disediakan)
Tentetif: 8.00 pendaftaran
8.30 Modul 1: Ajaibnya Kebangkitan HPA Peneraju Perubatan JAWI
9.30 Modul 2; Konsep Perubatan JAWI
10.45 Modul 3: Teori Bekam 10 Titik Sunnah :Ke Arah penyembuhan sebenar.
12.00 Modul 4: Amali Bekam

Hanya menerima pendaftaran 30 orang terawal: Hubungi 013 6641872 (Shafariah)

Tuesday, July 27, 2010

KPJ IPOH MERIAH BERSAMA PANGLIMA & PENDEKAR




KPJ Ipoh yang diadakan pada 26 Julai 2010 dihadiri oleh pengedar dan pimpinan HPA sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar. Pertembungan dengan acara sambutan Nisfu Syaaban membuat kehadiran kurang memberangsangkan iaitu sekitar 45 orang sahaja. Namun kehadiran peserta KPJ pada malam itu berpuas hati dengan pendedahan ilmu herba dan pengetahuan produk terkini daripada Panglima Hj Zakaria. Kehadiran Pensyarah KPJ Ipoh ini diserikan dengan kehadiran bekas penyanyi yang tak asing lagi dengan lagu 'Nusantara' iaitu Sheqal. Pada malam itu beliau telah mendendang dua buah lagu yang akan dimuatkan dalam album terbitan HPA tidak lama lagi. Tunggu kemunculannya.

Monday, July 19, 2010

PBC TAAWUN DI SERI MALAYSIA IPOH-31 JULAI-1 OGOS





PBC adalah wadah untuk para pengedar menambahkan kefahaman untuk menjadi seorang usahawan herbalis HPA berjaya. PBC adalah medan untuk menyuntik semangat dan membina jaringan yang berkesan. Lebih hebat, PBC jalan dekat untuk dapat pangkat dengan lebih cepat. Ayuh gempur PBC Taawun pada:
Tarikh : 31 Julai --- 1 Ogos 2010
Tempat : Hotel Seri Malaysia Ipoh (hotel ada sijil halal JAKIM)
Pembimbing :
Al Fadhil Us. Zolkarnain Zainal Abidin- Modul: MLM Syariah
PJM Rosmandi Ishak -Modul- Motivasi dan 6M
PJI Hj Zainal Ahmad- Modul -Plan Pemasaran Ke arah Pendapatan Selesa
PJI Herbalis Khalilah Wong-Modul Konsep perubatan JAWI
PJE Cikgu M. Sani Ibrahim - Modul Dilema Ummah Antara Halal & Haram
PJ Herbalis Shafariah- Modul -Saraf Tapak Tangan & 350 Produk
Halal Suci & Barakah
PJE Cikgu Hamid -Modul -Tak Kenal Tak Cinta
PJM Hafidzan Fauzi - Motivasi Penutup
* Demo Penapis Air Dew dgn NM 100 mula 1 Ogos.
* Demo menu produk HPA untuk detok di bulan Ramadhan

Yuran : RM140.00
Pendaftaran Awal : Hubungi : PJS Cikgu Sani @ PJ Shafariah 013 6641872

Sunday, July 4, 2010

KURSUS PERAWATAN-BEKAM AL HIJAMAH 10 TITIK SUNNAH




Bagi merealisasikan Visi dan Misi HPA ke arah melahirkan Usahawan Herbalis, Unit Herbalis Komuniti Ipoh merancang untuk mengadakan kursus bekam seperti maklumat berikut:
Tarikh: 25 Julai 2010
Masa : 9.00 -4.30 ptg
Tempat: Pendaftaran di Caw Ipoh.
Yuran : Rm75 -(jamuan, nota, alatan praktikal dan sijil penyertaan disediakan)

Unit Herbalis Komuniti Ipoh berharap pengedar yang ingin menyertai kursus ini dapat mendaftar seminggu awal melalui telefon @ mesej kepada Ketua Unit Herbalis: Herbalis Shafariah 013 6641872. Harap dapat kerjasama daripada semua pengedar HPA

Saturday, June 26, 2010

PBC TAAWUN 26-27 JUN 2010 MERIAH


Alhamdulillah PBC TAAWUN 26-27 Jun berjaya dianjurkan dengan kehadiran peserta dari sekitar Ipoh, Parit, Taiping dan Bidor. Kehadiran penceramah seperti PJM Hafidzan Fauzi, PJS Fatin, PJS Khalilah Wong dan PJS Aznin menggamatkan lagi perjalanan PBC kali ini. Kalangan leader Ipoh teruja dengan pembentangan PJS Aznin dan PJS Fatin yang pertamakalinya diturunkan dalam PBC Ipoh. Antara penceramah yang turut serta ialah PJS Cikgu Sani, PJ Cikgu Hamid dan PJ Herbalis Shafariah Ibrahim.

Pihak KPA telah mengumumkan PBC Taawun pada bulan Julai yang akan diadakan pada 31 Julai-1 Ogos di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Oleh itu diharapkan para pengedar sekitar Ipoh menggempur kehadiran yang lebih ramai untuk meransang motivasi sebagai seorang usahawan herbalis seterusnya menjana pendapatan lebih baik untuk keluarga. GEMPURRR.

Tuesday, June 22, 2010

KURSUS BEKAM -AL HIJAMAH DI IPOH

Bekam merupakan sunnah Nabi yang ditinggalkan. Tak ramai masyarakat di luar sana yang ingin merawat diri mengikut kaedah Nabi. Justeru Perubatan JAWI HPA mengambil tanggungjawab menyuntik kefahaman dalam masyarakat tentang kehebatan bekam sebagai pencegah dan merawat penyakit serta mengekalkan kesihatan. Bekam adalah rawatan terbaik untuk masalah darah tinggi, migrain, lumpuh, saraf, ghout, toksid dalam badan dan menguatkan imuniti. Banyak lagi faedah bekam yang terkandung dalam amalan para Nabi yang perlu diangkat kembali untuk menjadi amalan dalam masyarakat Islam.

Atas permintaan pengedar HPA sekitar Komuniti Ipoh, Kursus Bekam 10 Titik Sunnah, akan dianjurkan lagi seperti maklumat berikut:
Tarikh: 4 Julai 2010
Tempat : Ipoh. (lokasi akan ditentukan kemudian)
Masa : 9.00 pg - 4.00 ptg
Tentatif:
9.00- Kenali Syarikat dan Misinya.
10.00-Konsep Perubatan Jawi
11.15 Rehat
11.30 -1.00 -Teori 10 Titik Sunnah
2.15-4.00 -Amali
Yuran : Rm75 sahaja (termasuk makan pagi, tengahari, nota dan alatan untuk praktikal dan sijil penyertaan)

Penganjur : Unit Herbalis Komuniti Ipoh
Pembimbing: Herbalis PJ Shafariah Ibrahim
PJE Cikgu Sani Ibrahim
Pendaftaran: Hubungi 013 6641872 (Shafariah-Ketua Unit Herbalis)

Monday, May 31, 2010

TESO DISAMAN LAGI: ISU AYAM TAK HALAL



Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

Sumber: Satu Umat

ALHAMDULILLAH ASAS PTB & TEKNIK BERTUNGKU BERJAYA






Kursus peningkatan ilmu, khususnya perawatan amat penting dikembangkan demi menjayakan misi melahirkan usahawan Herbalis HPA. Kursus PTB dan Teknik Bertungku berjaya juga diadakan saperti dirancang. Seramai 12 orang peserta telah mengikuti kursus yang dianjurkan di bawah Unit Herbalis Komuniti Ipoh. Kursus ini di bimbing oleh PJE Cikgu Sani dan PJ Azrul. Kursus sehari ini diadakan bermula 9.30 pagi hingga 4.30 petang di dewan Cawangan HPA Ipoh.

Monday, May 17, 2010

KURSUS ASAS PEMBETULAN TULANG BELAKANG & TEKNIK BERTUNGKU



Pembetulan Tulang Belakang banyak menyelesaikan permasalahan penyakit. Begitu juga amalan bertungku yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak turun temurun. Melalui kaedah rawatan ini, sistem imuniti, peredaran darah dan pemulihan saraf dapat ditingkatkan.
Kepada semua pengedar HPA Zon Ipoh. Anda berpeluang untuk mengikuti kursus Pembetulan Tulang Belakang dan Teknik Bertungku yang akan diadakan seperti maklumat berikut:-

Tarikh : 30 Mei 2010 Masa : 9.00 pagi- 4.00 ptg.
Tempat :Dewan HPA Caw Ipoh
Pembimbing: PJS Cikgu Mohamad Sani Ibrahim
PJ Mohd Azrul (Sijil Pembetulan Tulang Belakang & Bertungku)


Tempat terhad : 20 peserta sahaja (Sijil, jamuan, nota dan alat disediakan)
Pendaftaran Hubungi : Penyelaras Kursus: Ketua Unit Herbalis Komuniti Ipoh:
Pn Shafariah -013 6641872

Wednesday, May 5, 2010

GEMPUR PBC ELIT DI IPOH

Pada 26-27 Jun ini akan diadakan PBC bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. PBC kali ini akan membariskan PJMS Rosmandi Ishak, PJIS Tn Hj Zainal Ahmad,Herbalis PJIS Khalilah Wong Abdullah, PJS Zamri Ibrahim serta dibantu oleh PJE Cikgu Sani, PJ Cikgu Hamid dan PJ Herbalis Shafariah Ibrahim. Melalui PBC ini diharapkan pengedar-pengedar HPA mendapat pengetahuan keusahawanan herbalis muslim dan menjana pendapatan selesa untuk diri serta keluarga masing-masing. PBC juga adalah medan menyuntik semangat dan kesedaran agar membangunkan ekonomi ummah yang sekian lama tertindas oleh Yahudi dan Kuffar. Hubungi S.U PBC untuk tempahan awal: Shafariah: 013 6641872.

Tuesday, May 4, 2010

PBC TAAWUN 1-2 MEI BERJAYA

Bagi memudahkan rangkaian baru menghadirkan rakan kongsi ke PBC, Komuniti Ipoh dengan kerjasama KPA telah mengadakan PBC dengan bayaran paling rendah iaitu RM140 sahaja di Hotel Seri Malaysia Ipoh.Alhamdulillah seramai 30 peserta telah mendaftar. PBC kali ini membariskan PJMS Hafidzan Fauzi, PJS Khalilah Wong Abdullah, PJS Zamri Ibrahim dan dibantu oleh PJE Cikgu Sani, Herbalis PJ Shafariah dan PJE Cikgu Hamid.

Monday, April 26, 2010

ALHAMDULILLAH ADA PJS BERTUGAS DI CAWANGAN IPOH


Pihak Kelab Pemimpin Al Wahida akhirnya terpandang juga keperluan ahli komuniti caw. Ipoh untuk dibimbing oleh para PJS yang bertauliah bagi mengisi slot perjumpaan mingguan setiap hari Jumaat malam Sabtu. Pihak JK Komuniti amat berharap para PJS dapat mengambil tanggungjawab ini dengan penuh kesedaran untuk memartabatkan HPA Lembah Kinta yang kaya dengan "bijih-bijih" yang tak tergali. GEMPURRRRR.

PJS yang dicadangkan ialah PJS Assim b Hj Khalid dan PJS Hj Jamaluddin.

Sunday, April 25, 2010

PBC TAAWUN Sempena Hari Pekerja DI IPOH-1-2 MEI

Pihak penganjur telah menawarkan kos Taawun untuk leader HPA membawa rakan niaga baru ke PBC di Hotel Seri Malaysia Ipoh pada 1-2 Mei ini dengan kadar serendah Rm140 sahaja. Tawaran ini dibuat khas sempena Hari Pekerja. Jangan lepaskan peluang ini. Gempurrr. Hubungi PJ Shafariah untuk pendaftaran awal : 0136641872 dan PJS Khalilah -0194288416. Terhad kepada 40 orang peserta sahaja.

Friday, April 23, 2010

KURSUS AKUPUNTUR DITANGGUH

Pihak penganjur Kursus Akupuntur memohon maaf kepada 5 orang pengedar HPA yang telah mendaftar awal kerana kegagalan kursus ini diadakan pada 25 April seperti yang dirancang. Kursus ini ditangguhkan ke tarikh lain kerana syarat penyertaan 10 orang tidak tercapai. Harap maaf.

Tuesday, April 20, 2010

PBC ELIT DI IPOH-1-2 MEI 2010



Pada 1-2 Mei ini akan dianjurkan PBC di Seri Malaysia Ipoh untuk memberi peluang kepada pengedar sekitar Ipoh menghantar rangkaian tajaan mereka mengikuti program pembinaan jatidiri usahawan herbalis muslim. Setiap peserta akan didedahkan dengan ilmu dan kemahiran sebagai usahawan yang bijak berkongsi kejayaan dengan orang lain.
Peserta wajib mengikuti 9 modul iaitu Pengenalan Syarikat, Plan Pemasaran, Kenali 350 produk, Homeparty nadi HPA, Kekeliruan Ummah antara Halal & Haram, Malam Keinsafan, Qiamullail dan Kuliah Subuh, Diagnos Saraf Tapak Tangan dan Gerakerja 6M. Selain itu peserta juga dimantapkan dengan demontrasi 'Demo produk Air Dew' dan 'Demo Rawatan Akupuntur dan Bekam'.

Pemimpin yang dijangka akan mengisi PBC kali ini ialah PJS Hafidzan Fauzi,PJS Hj Zainal, PJS Khalilah Wong, PJS Zamri, PJE Cikgu Sani dan PJ Herbalis Shafariah. Yuran penyertaan hanya RM150 untuk kos penginapan, 8 kali makan dan bahan kursus. APA TUNGGU LAGI GEMPURRRR. Untuk pendaftaran awal hubungi: 0136641872 (Sha)

Sunday, April 11, 2010

KURSUS AKUPUNTUR DI IPOH -Titik Cerdas Minda, Resdung dan Awet muda



Pengedar HPA Perak beruntung kerana berpeluang mempelajari Akupuntur yang merupakan ilmu dan seni keterampilan pengubatan dengan cara menusukkan jarum di titik tertentu pada tubuh (meridian) untuk memperoleh kesan rangsang pada energi Vital (Qi) untuk mendapatkan kesembuhan dari suatu penyakit atau untuk meningkatkan kualiti kesihatan.

Berasal dari bahasa Latin iaitu Acus(Jarum) + punggere (menusuk), dalam bahasa cina di sebut CENCIU

Kaedah perawatan ini merawat Energi yang dikenali sebagai Qi, Cairan (Xu), dan Darah (Xue) tetapi yang paling penting pesakit perlu menjaga nutrisi terlebih dahulu untuk memastikan keseimbangan di dalam ketiga-tiga item ini dalam badan.

Ilmu ini hendaklah dipelajari secara teliti kerana kelebihan dan alternatif perawatan yang boleh anda gunakan di dalam membuat rawatan kepada pesakit. Teknik-teknik ini juga dikatakan boleh menandingi suntikan botox dan juga susuk. Menarik bukan? Marilah kita kuasai ilmu ini untuk meningkatkan kemahiran yang kita ada dan sebagai persediaan kepada permintaan pesakit yang datang kepada kita. Ilmu ini pasti akan jadi Value added kepada kita di dalam teknik perawatan yang boleh kita tawarkan di pusat perawatan.

TARIKH; 25 APRIL 2010 (cadangan awal 18 Apr- dipinda atas permintaan pengedar HPA)
TEMPAT: DEWAN HPA CAW. IPOH
PEMBIMBING:1. PJE Mohamad Sani Ibrahim (Sijil Akupuntur Asas)2. Herbalis Shafariah (Sijil Herbalis HPA) 3.Pn Rosliah Mohamed (Dploma Akupuntur Colombo University, Sijil Akupuntur Univesity Xiamen University of China)

YURAN : 100.00 sahaja. (Termasuk 50 jarum untuk bengkel, jamuan, sijil dan nota)

Jangan lepaskan peluang ini untuk membawa rangkaian anda bersama menimba Ilmu Perubatan JAWI. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja. Daftar segera: 013 6641872 (Sha)

GEN2 SIRI III BERJAYA





































Pada 11 Apr 2010, Seri Malaysia Ipoh mencatat sejarah kerana julung-julung kalinya KPA menganjurkan Kursus GEN2 di negeri Perak. Kehadiran 80 orang pemimpin GEN2 HPA di seluruh negeri Perak amat membanggakan.Kursus ini dimulakan dengan bacaan ma'surat dan diikuti modul 1:MLM Syariah yang disampaikan oleh Ust Zulkarnain Abidin salah seorang Panel Syariah HPA. Selepas rehat, peserta kursus dikejutkan dengan paluan kompang mengiringi GM En Mohd Faisol Abd Rahman memasuki dewan untuk majlis perasmian. GM turut mengambil bahagian dengan membentangkan modul 2: 'Great Leader'. Pada sesi petang, peserta mengikuti pula modul 3: 'Strategi Penajaan Berkesan' yang disampaikan oleh PJM Rosmandi Ishak. Modul 4: 'Insentif 2010 dan Gerakerja mencapai 20 juta' pula disampaikan oleh PJM Cikgu Murad Abu Bakar. Sesi petang diakhiri dengan pembentangan kumpulan dan bacaan ikrar.
Pengarah program iaitu PJM Rosmandi Ishak,amat berpuas hati dengan perjalanan program dan penglibatan aktif setiap peserta. Menurutnya, GEN2 akan diadakan lagi di negeri Perak bagi melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan HPA di masa depan.

Monday, April 5, 2010

PROGRAM KEPIMPINAN GEN2 Siri 111

Program Bersama GM En Faisol dan Pemimpin HPA Top Ten.

Tarikh : 26 RabiulAkhir = 11 April 2010 (AHAD)

Waktu : 8 pagi - 7 petang

Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh


Pakaian : Blazer @ kot @ jaket hitam, dan kasut sarung berstokin dan menutup aurat.

Pangkat : PLX ke atas

Yuran : Rm35.00 seorang (untuk makan & nota)

Daftar melalui Pemimpin Masing-masing. Tempat terhad untuk 70 orang peserta sahaja

ANJURAN :Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA)

Sunday, March 28, 2010

KURSUS BEKAM SIRI 2/2010 DI HPA KAMUNTING


Alhamdulillah, pada 28 Mac 2010-Ahad seramai 13 orang peserta telah berjaya mengikuti kursus bekam yang diadakan di HPA Cawangan Taiping. Peserta didedahkan dengan Modul Keusahawan HPA, Konsep Perubatan JAWI dan teori dan teknik membekam yang betul. Kaedah yang digunakan menepati piawai kementerian kesihatan dari segi kebersihan diri, tempat dan peralatan yang terkini. Peserta dibimbing oleh Herbalis PJ Shafariah dan PJE Cikgu Sani dengan bantuan 3 orang fasilitator. Rata-rata peserta berpuasa hati kerana dapat menggunakan ilmu yang dipelajari untuk merawat keluarga dan rakan tetangga yang sekian lama jauh dari amalan perawatan sunnah.

Menurut PJ Shafariah, peserta boleh menambah lagi ilmu lanjutan dalam perawatan bekam dengan mengikuti kursus Herbalis di Sg Petani atau di Jejawi Perlis bersama Tn Hj Ismail sendiri yang diadakan selama 3 minggu dengan kos sekitar Rm2500 sahaja.

Saturday, March 20, 2010

PENGUMUMAN PENGUMUMAN SIAPA YANG MAHU...

Pada 11 April 2010 akan berlangsung kursus Kepimpinan anjuran Kelab yang diberi tanggungjawab di wilayah Tengah iaitu KPA. Sesiapa yang mahu ikut serta GEN2 Siri 3 di Hotel Seri Malaysia Ipoh bolehlah mendaftar melalui leader masing-masing. Tarikh akhir pendaftaran ialah 5 April supaya mudah bagi pihak Unit Latihan membuat tempahan bilik seminar, kertas kerja dan urusan jamuan.

Kursus ini akan mendedahkan ciri-ciri pemimpin usahawan MLMS yang berjaya, Prinsip MLM Syariah, Plan Pemasaran HPA secara mendalam dan Rahsia Melonjakkan Bonus melalui penajaan berkesan.

GEN2 akan dibimbing oleh GM Faisol, Ustaz Adnan Fadhil dan PJM-PJM KPA yang berpengalaman seperti Hafidzan Fauzi, Hj Khalid Iskri dan ramai lagi.

Setiap peserta diwajibkan berpakaian kemas berblazer dan berkasut kulit dan bagi muslimah, pastikan menutup aurat (berstokin). Syarat lain ialah peserta mestilah telah menghadiri PBC dan berpangkat PLX ke atas. Keterangan lanjut hubungi: PJE Sani 019-6975317 / PJ Shafariah -013 6641872 / PJS Khalilah 019-4288416

Sunday, March 7, 2010

PBC ELIT DI IPOH : 3-4 APRIL PULA

Pada 6-7 Mac telah berlangsung PBC Ipoh anjuran KPA dengan kerjasama Kelab Komuniti Ipoh di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Kehadiran PJMS Rosmandi Ishak, PJS Hj Zainal Ahmad, PJS Khalilah Wong dan PJS Mohd Assim memberikan satu suntikan semangat kepada para peserta kursus sekitar Ipoh yang berjumlah 36 orang. PBC ini benar-benar elit apabila para peserta berjaya dibimbing dengan lebih dekat oleh fasilitator yang berpengalaman seperti PJE Cikgu Sani, PJ Herbalis Shafariah,PJ Cikgu Hamid, PJ Jamsari dan Sdr Zuki.

Rata-rata peserta berpuas hati dengan perjalanan PBC kali ini yang santai tetapi cukup berkesan. Para peserta berjanji akan menghantar rakan kongsi mereka dalam PBC akan datang iaitu pada 3-4 April yang juga akan diadakan di Hotel seri Malaysia yang diyakini halal. GEMPURRRRRRRRRRR.

Monday, March 1, 2010

IFTAR KPA DI WILAYAH ZON TENGAH (UTARA)

Ipoh: Pada 1 Mac 2010 telah berlangsung IFTAR yang buat pertama kali diadakan di HPA Ipoh yang melibatkan seluruh PJS dan pemimpin yang berada di dalam Komuniti Zon KPA. Sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran sekitar 50 orang dari Komuniti Manjung, Seri Iskandar, Tanjung Malim dan Ipoh sendiri.
Program bermula sekitar 7.30 malam dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib berjamaah dan isyak. Seterusnya majlis ucapan PJS dan Ahli Tribunal KPA yang disempurnakan oleh Presiden KPA PJS Hafidzan Fauzi. Majlis diakhiri dengan dialog dan pembentang Modul Penapis Air Dew. Gempurrrr.

Sunday, February 28, 2010

PBC ELIT DI IPOH: 6-7 MAC 2010

PBC ELIT ialah Kursus yang melibatkan peserta terpilih dan terhad untuk memastikan keselesaan peserta, pengendalian dan peyampaian lebih berkesan. Peserta akan dapat melihat non verbal penceramah dengan lebih jelas kerana faktor non verbal mempunyai pengaruh yang kuat untuk memastikan keberkesanan penyampaian. Yang penting, berlaku 'eye contact' antara penyampai dan pendengar.

Hasil soal selidik yang dibuat kepada bekas-bekas peserta PBC, menunjukkan pentingnya bilangan peserta dihadkan supaya penyampaian dan pengendalian lebih berkesan. Setiap peserta dapat merasakan yang mereka sentiasa diberi perhatian.

Justeru PBC Ipoh pada 6-7 Mac ini di Seri Malaysia hanya dihadkan kepada 30-40 peserta sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk menghantar rakan kongsi anda ke PBC ELIT di Ipoh. GEMPUR

Monday, February 22, 2010

SAJAK BUAT PEJUANG

Pejuang
ringan sebutan berat tanggungan
menggadai masa emasmu
menagih titis peluhmu
menuntut harta milikmu
hatta nyawa jadi taruhan
demi niat suci
menjulang Reda Ilahi
denai yang dilalui pasti
ada duri yang menanti.

Sunday, February 21, 2010

GANDAKAN PBC DI IPOH

Bagi menggempur Insentif dan penjanaan 20 juta jualan produk, PBC merupakan medan pemangkin yang berkesan. Melihat kepada perkembangan kursus kepimpinan yang rancak dijalankan sudah pasti momentum baru akan berlaku di Ipoh khususnya dalam menggerakkan pengedar2 baru ke PBC.


PBC yang terbaik dijalankan dalam lingkungan 40--50 peserta. Jika berlebihan ia akan menghilangkan tumpuan peserta dan penceramah. Justeru 'PBC elit' dengan kehadiran peserta sekitar bawah 50 orang akan menjadi pilihan terbaik.

Memandangkan kebangkitan leader2 yang begitu kuat menggempur Ipoh maka wajar PBC dibuat 2 kali sebulan. Semoga cadangan KOTAKITA mendapat perhatian Kelab-Kelab yang bertanggungjawab dalam melaksanakan PBC di seluruh negara untuk merealisasikannya.

Semasa PBC Ipoh pada 6-7 Feb lalu, Pengarah PBC Ipoh PJS Tn Hj Zainal telah melancarkan tarikh PBC sepanjang tahun iaitu setiap Sabtu dan Ahad di awal bulan. Justeru PBC akan datang akan diadakan pada 6-7 Mac dan bulan berikutnya pada 3-4 April. Harap pengedar HPA Ipoh mengambil catatan untuk menggempur rakan kongsi untuk bersama dalam PBC Ipoh bagi bulan-bulan seterusnya.

Wednesday, February 17, 2010

KOPI RADIX PALSU MUNCUL LAGI


SERUPA TAPI TAK SAMA

Sejak 4 bulan lalu, Mak Dak Kasma yang juga peniaga kedai runcit sering ditawarkan oleh seorang pemborong berbangsa Cina untuk membeli kopi radix yang dibawanya. “Oooo jual kopi radix…berapa harga dapat?” “Rm16” jawab Mak Dak ringkas. “Beli sama kita la…rm15” “Tak bole laa… saya ahli” jawab Mak Dak mematikan tawaran tauke Cina yang sering menghantar barang ke kedai-kedai runcit dan restoren di sekitar Taiping dengan lori berkepala biru.

Kopi Palsu @ Klon. Begitulah cabaran HPA dalam dunia perniagaan memasarkan kopi radix yang cukup popular dengan panggilan “Mai secawan”. Baru-baru ini Tn Hj Fisal selaku Pengarah Urusan 2 HPA telah berjaya mengesan kopi radix palsu yang dijual di sebuah restoren Selatan Tomyam di Batu 9, Changkat Jering. Pendedahan ini membawa kepada penemuan kopi palsu yang dijual secara terbuka di kedai-kedai runcit Cina termasuklah di sebuah pasar mini Sin Wai Huat di Simpang, Taiping. Yang lebih menyedihkan Pasar Mini Saburtan milik orang Islam di Changkat Jering turut mengedar kopi radix palsu. Bagi pengedar biasa dan peniaga kedai makan sudah tentu tertarik dengan harga yang ditawarkan jauh lebih murah iaitu RM14.90.
KOTAKITA telah menerjah ke Pasar Mini Sin Wai Huat dan Saburthan untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang kegiatan haram ini. Setelah penyiasatan dibuat, memang benar pasar mini ini telah menjadi pengedar aktif kopi radix palsu sejak beberapa bulan lalu. Berikut dipaparkan hasil penelitian dan perbandingan produk kopi radix keluaran HPA tulen dengan yang kopi radix Klon.
1. Bungkusan: Bungkusan kopi radix klon lebih besar
2. Logo HPA: Berbeza pada huruf P. Kopi radix klonTerdapat titik hijau pada warna putih di tengah huruf P
3. Pada logo Halal : Tulisan rumi HALAL pada kopi radix klon tidak jelas ejaannya dan tidak boleh dibaca.
4. Sudu: Sudu kopi radix klon kabur dan tak bersilau.
5. Air kopi : warna air kopi klon keperangan dan buihnya tidak jelas.
6. No 23g: Kopi radix klon mempunyai border merah pada no23.
7. Tulisan MS 1500:2004 dan 23g dicetak agak ke bawah hingga terkena di bahagian pengunci bungkusan.
8. Bijirin 3 biji kopi di atas cawan pada kopi klon tiada bayang hitam.
9. Tulisan RADIXRADIXRADIX yang keluar dari cawan tiada pada kopi klon.
10. Rasanya : Pahit terasa. Sudah pasti kopi klon berbahaya dan tiada jaminan ada 7 herba.

KOTAKITA menggesa agar setiap penggemar kopi radix mendapatkan bekalan kopi radix tulen daripada stokis HPA yang sah. Kalau anda minta kopi radix di kedai makan sila pastikan ketulenannya. AWAS HPA dengan kerjasama KDNHP akan saman anda yang masih mengedar kopi radix palsu! GEMPURRRRR

Monday, January 18, 2010

GEMPUR PBC FEBRUARI, REBUT INSENTIF JADI PENGARAH JATI


Alhamdulillah. Mesyuarat JK baru Komuniti Ipoh telah bersetuju untuk mengadakan PBC pada 6-7 Februari 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Oleh itu, diharap semua pemimpin Ipoh dapat menggempur rakan kongsi masing-masing yang belum pernah mengikuti PBC untuk mendaftar diri dengan bayaran hanya Rm150 sahaja.

GEMPUR PBC FEBRUARI LANGKAH CEPAT JADI PENGARAH JATI

Sunday, January 17, 2010

ORANG MUDA PJS KITA -Tahniah PJES Assim


Tahniah kepada sahabatku PJE Assim Hj Khalid yang dilantik sebagai PJS yang bermula Jan 2010. Beliau merupakan tenaga penggerak penting dalam PBC Lenggong, Kuala Kangsar dan Taiping. Semoga perlantikan beliau menyuntik semangat seluruh pemimpin di Perak khasnya untuk terus istiqamah memperjuangkan HPA dan menggempur PBC. Bagi saya perlantikan ini adalah hadiah bermakna sempena awal ambang perkahwinannya.

WARNA WARNI KOMUNITI IPOH 2009







Alhamdulillah. Hasil kerjasama seluruh pemimpin dan pengedar Komuniti Ipoh pelbagai program dan kursus dapat dilaksanakan dengan jayanya sepanjang 2009 di samping aktiviti tetap perjumpaan mingguan setiap hari Jumaat malam Sabtu. Selain Program PBC, kursus-kursus yang telah berjaya dilaksanakan ialah:-
1. Kursus Bekam Asas -10 titik Sunnah
2. Kursus Pembetulan Tulang Belakang
3. Kursus Iridiologi dan Saraf Tapak Tangan
4. Kursus Refleksologi
5. Kursus Bekam Lanjutan
6. Kursus Akupuntur Asas


Menurut Herbalis PJ Shafariah selaku ketua Unit Perubatan Jawi Komuniti Ipoh, kursus-kursus yang diadakan adalah untuk mengembangkan disiplin perubatan Jawi dan menjana produk herba di samping melatih lebih ramai usahawan HPA yang mahir dalam perawatan holistik. Menurut beliau, pada tahun 2010, kursus-kursus yang sama akan diatur sepanjang tahun sebagai pendedahan awal kepada pengedar sebelum mereka menimba ilmu yang lebih mendalam dalam Kursus anjuran HPA di Perlis seperti PIC dan Kursus Herbalis. Beliau mengharapkan lebih ramai usahawan herbalis lahir melalui kursus-kursus yang dianjurkan. "Gempur Perawatan Gempur Produk Herba-2010"

Friday, January 15, 2010

KURSUS KEPIMPINAN GEN2 -2010

Pemimpin Komuniti Ipoh bertuah kerana berpeluang mengikuti Program Kepimpinan anjuran dua buah kelab iaitu KPU dan KPA. Baru-baru ini 4 orang pemimpin Komuniti Ipoh diberi peluang mengikuti Gen7 KPU. Kali ini KPA pula menawarkan 5 tempat untuk pemimpin Komuniti Ipoh mengikuti Program Kepimpinan Gen2.

Berikut petikan iklan daripada Ketua Unit Latihan KPA.

Sukacita dimaklumkan Program Kepimpinan Gen2 siri 1 bagi tahun 2010 akan diadakan dalam bulan Februari ini.

Tarikh: 15 hb Feb 2010

Masa: 8.00 pagi – 6.00 ptg.

Tempat: KL International Hotel Off Jalan Raja Muda KL.

Sehubungan dengan itu semua KOMUNITI dibawah KPA diminta menghantar senarai nama untuk mengikuti program ini Setiap KOMUNITI diberi qouta 5 orang yang belum pernah mengikuti program Gen2 pd tahun 2009. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Komuniti diberi amanah untuk memilih calun yang difikirkan layak. Kriteria yang diberikan mestilah mereka yang istiqomah hadir kelas mingguan dan telah mengikuti program PBC.

Tarikh akhir penyerahan senarai nama ialah pada 10 Feb kepada PJS ROSMANDI ISHAK Ketua Unit Latihan KPA. 013-2099877. Email: madani.agency@gmail.com

Sunday, January 10, 2010

GEMPUR INSENTIF dengan MENGGEMPUR AHLI PASIF

Peluang pemimpin AGRESIF menjana INSENTIF

Penajaan Semula Kini dibuka lagi dengan syarat baru supaya tiada pemimpin yang mengamalkan 3T- Taja-Taja Tinggal, demi kelangsungan HPA di masa depan. GEMPURRR....

Syarat Penajaan Semula.

1. Isi borang Permohonan Baru Ahli HPA melalui belian kit niaga RM30.00
2. Isi borang menamatkan Keahlian Lama.
3. Tulis surat persetujuan untuk ditaja semula oleh Penaja Baru.
4. Sertakan salinan Kad Pengenalan.
5. Pastikan ahli yang ingin ditaja semula adalah ahli yang berdaftar Tahun 2006 ke bawah.
6. Pastikan ahli tersebut tidak pernah membuat apa-apa belian produk HPA atau membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata dalam tempoh 6 bulan sebelum ditaja semula.



Tuesday, January 5, 2010

Pemimpin Ipoh di GEN 7 -KPU



Pemimpin Ipoh yang tidak asing lagi iaitu saudara Zuki, Sufian dan Nawawi telah terpilih menjadi peserta dalam Pelancaran Gen 7 anjuran Kelab Pemimpin Utara baru-baru ini. Penglibatan mereka dalam kursus kepimpinan sebegini insyaAllah akan memberi banyak manfaat kepada perkembangan HPA di Ipoh, khususnya dalam menjana perkembangan ahli, program mingguan dan menggempur PBC. Tahniah! GEMPURRRRR

MAFFFFFFFF PBC DITANGGUH KE TARIKH LAIN

Maaf dipohon kepada 15 orang pengedar HPA yang membuat pendaftaran awal kerana program PBC Ipoh pada 9-10 Jan 2010 terpaksa ditangguh ke tarikh lain kerana faktor tidak cukup syarat minima 30 orang. Pihak penganjur memohon banyak kemaafan. Harap maklum.