Sunday, February 28, 2010

PBC ELIT DI IPOH: 6-7 MAC 2010

PBC ELIT ialah Kursus yang melibatkan peserta terpilih dan terhad untuk memastikan keselesaan peserta, pengendalian dan peyampaian lebih berkesan. Peserta akan dapat melihat non verbal penceramah dengan lebih jelas kerana faktor non verbal mempunyai pengaruh yang kuat untuk memastikan keberkesanan penyampaian. Yang penting, berlaku 'eye contact' antara penyampai dan pendengar.

Hasil soal selidik yang dibuat kepada bekas-bekas peserta PBC, menunjukkan pentingnya bilangan peserta dihadkan supaya penyampaian dan pengendalian lebih berkesan. Setiap peserta dapat merasakan yang mereka sentiasa diberi perhatian.

Justeru PBC Ipoh pada 6-7 Mac ini di Seri Malaysia hanya dihadkan kepada 30-40 peserta sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk menghantar rakan kongsi anda ke PBC ELIT di Ipoh. GEMPUR

Monday, February 22, 2010

SAJAK BUAT PEJUANG

Pejuang
ringan sebutan berat tanggungan
menggadai masa emasmu
menagih titis peluhmu
menuntut harta milikmu
hatta nyawa jadi taruhan
demi niat suci
menjulang Reda Ilahi
denai yang dilalui pasti
ada duri yang menanti.

Sunday, February 21, 2010

GANDAKAN PBC DI IPOH

Bagi menggempur Insentif dan penjanaan 20 juta jualan produk, PBC merupakan medan pemangkin yang berkesan. Melihat kepada perkembangan kursus kepimpinan yang rancak dijalankan sudah pasti momentum baru akan berlaku di Ipoh khususnya dalam menggerakkan pengedar2 baru ke PBC.


PBC yang terbaik dijalankan dalam lingkungan 40--50 peserta. Jika berlebihan ia akan menghilangkan tumpuan peserta dan penceramah. Justeru 'PBC elit' dengan kehadiran peserta sekitar bawah 50 orang akan menjadi pilihan terbaik.

Memandangkan kebangkitan leader2 yang begitu kuat menggempur Ipoh maka wajar PBC dibuat 2 kali sebulan. Semoga cadangan KOTAKITA mendapat perhatian Kelab-Kelab yang bertanggungjawab dalam melaksanakan PBC di seluruh negara untuk merealisasikannya.

Semasa PBC Ipoh pada 6-7 Feb lalu, Pengarah PBC Ipoh PJS Tn Hj Zainal telah melancarkan tarikh PBC sepanjang tahun iaitu setiap Sabtu dan Ahad di awal bulan. Justeru PBC akan datang akan diadakan pada 6-7 Mac dan bulan berikutnya pada 3-4 April. Harap pengedar HPA Ipoh mengambil catatan untuk menggempur rakan kongsi untuk bersama dalam PBC Ipoh bagi bulan-bulan seterusnya.

Wednesday, February 17, 2010

KOPI RADIX PALSU MUNCUL LAGI


SERUPA TAPI TAK SAMA

Sejak 4 bulan lalu, Mak Dak Kasma yang juga peniaga kedai runcit sering ditawarkan oleh seorang pemborong berbangsa Cina untuk membeli kopi radix yang dibawanya. “Oooo jual kopi radix…berapa harga dapat?” “Rm16” jawab Mak Dak ringkas. “Beli sama kita la…rm15” “Tak bole laa… saya ahli” jawab Mak Dak mematikan tawaran tauke Cina yang sering menghantar barang ke kedai-kedai runcit dan restoren di sekitar Taiping dengan lori berkepala biru.

Kopi Palsu @ Klon. Begitulah cabaran HPA dalam dunia perniagaan memasarkan kopi radix yang cukup popular dengan panggilan “Mai secawan”. Baru-baru ini Tn Hj Fisal selaku Pengarah Urusan 2 HPA telah berjaya mengesan kopi radix palsu yang dijual di sebuah restoren Selatan Tomyam di Batu 9, Changkat Jering. Pendedahan ini membawa kepada penemuan kopi palsu yang dijual secara terbuka di kedai-kedai runcit Cina termasuklah di sebuah pasar mini Sin Wai Huat di Simpang, Taiping. Yang lebih menyedihkan Pasar Mini Saburtan milik orang Islam di Changkat Jering turut mengedar kopi radix palsu. Bagi pengedar biasa dan peniaga kedai makan sudah tentu tertarik dengan harga yang ditawarkan jauh lebih murah iaitu RM14.90.
KOTAKITA telah menerjah ke Pasar Mini Sin Wai Huat dan Saburthan untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang kegiatan haram ini. Setelah penyiasatan dibuat, memang benar pasar mini ini telah menjadi pengedar aktif kopi radix palsu sejak beberapa bulan lalu. Berikut dipaparkan hasil penelitian dan perbandingan produk kopi radix keluaran HPA tulen dengan yang kopi radix Klon.
1. Bungkusan: Bungkusan kopi radix klon lebih besar
2. Logo HPA: Berbeza pada huruf P. Kopi radix klonTerdapat titik hijau pada warna putih di tengah huruf P
3. Pada logo Halal : Tulisan rumi HALAL pada kopi radix klon tidak jelas ejaannya dan tidak boleh dibaca.
4. Sudu: Sudu kopi radix klon kabur dan tak bersilau.
5. Air kopi : warna air kopi klon keperangan dan buihnya tidak jelas.
6. No 23g: Kopi radix klon mempunyai border merah pada no23.
7. Tulisan MS 1500:2004 dan 23g dicetak agak ke bawah hingga terkena di bahagian pengunci bungkusan.
8. Bijirin 3 biji kopi di atas cawan pada kopi klon tiada bayang hitam.
9. Tulisan RADIXRADIXRADIX yang keluar dari cawan tiada pada kopi klon.
10. Rasanya : Pahit terasa. Sudah pasti kopi klon berbahaya dan tiada jaminan ada 7 herba.

KOTAKITA menggesa agar setiap penggemar kopi radix mendapatkan bekalan kopi radix tulen daripada stokis HPA yang sah. Kalau anda minta kopi radix di kedai makan sila pastikan ketulenannya. AWAS HPA dengan kerjasama KDNHP akan saman anda yang masih mengedar kopi radix palsu! GEMPURRRRR