Sunday, November 15, 2009

PBC IPOH KEMBALI

Alhamdulillah, PBC Ipoh akan diadakan lagi untuk pengedar-pengedar sekitar Ipoh khususnya dan Perak amnya untuk menimba pengetahuan dan kemahiran sebagai usahawan herbalis yang bertaqwa.Antara yang akan menyampaikan modul PBC kali ini ialah PJMS Hafidzan Fauzi (DOTY 09), PJMS Hj Khalid Iskri (Top 10 HPA), PJES Hj Zainal Ahmad,PJIS Herbalis Marjuni, PJS Aznin, PJS Herbalis Rahmah, PJS Khalilah Wong dan dibantu oleh PJE Cikgu Sani, PJ Cikgu Hamid dan Herbalis PJ Shafariah.

Maklumat Program:
Tarikh: 12 -13 Disember 2009
Tempat: Hotel Seri Malaysia Ipoh,
Yuran : Rm150.00

Keterangan lanjut Hubungi Penyelaras: PJE Cikgu Sani (019-6975317)

KURSUS BEKAM al Hijamah KEMBALI LAGI


"Ayuh kembali kepada Perawatan Sunnah"
Berita baik kepada seluruh warga HPA di sekitar Ipoh.
Kursus Bekam Asas dan lanjutan akan diadakan bagi kali ke 2 di dewan HPA Caw. Ipoh. Pada kali ini kursus bekam akan dikendalikan sendiri oleh Ketua Unit Perubatan JAWI Komuniti Ipoh, Herbalis PJ Shafariah Ibrahim yang dibantu oleh Herbalis Khamli dan PJE Cikgu Sani.
Fokus rawatan bekam kali ini ialah mengenai 10 titik sunnah dan rawatan untuk permasalahan migrain, darah tinggi, sakit bahu, resdung, jantung, kebas kaki, sakit pinggang, ghout, kencing manis, lumpuh dan lemah syahwat.

Maklumat Kursus:
Tarikh: 22 Nov 2009
Tempat: Dewan HPA Caw Ipoh
Yuran : Rm90.00 (sijil penyertaan dan makan tegahari disediakan)

Untuk keterangan lanjut:
Hubungi Ketua Unit Perubatan JAWI Ipoh: 0136641872 (sha)

Wednesday, November 11, 2009

MENANTI AKTA HALAL SEJAK 52 TAHUN MERDEKA

KUALA LUMPUR, 9 Nov : Ahli Parlimen Baling, Taib Aizamuddin berharap janji kerajaan untuk menguatkuasakan akta halal menjelang tahun depan bukan sekadar janji kosong.

"Saya harap jaminan kerajaan kali ini bukan janji kosong sebab dah banyak kali kerajaan janji nak bentang rang undang-undang sebelum laksana Akta Halal ini," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang juga bekas Imam Masjid Negara berharap penguatkuasaan tersebut mesti dilakukan secara professional meliputi semua lapangan termasuk industri makanan,ubatan serta barang-barang keperluan umat Islam.

"Kalaulah kerajaan boleh keluarkan lesen berniaga dan sebagainya, sijil halal untuk semua industri yang libatkan barang keperluan orang Islam mesti dikeluarkan sijil halal yang ada nilai, ada integriti (dan) ada professional," ujarnya.

Jelasnya lagi, kerajaan juga perlu menubuhkan suatu badan penguatkuasa berseragam untuk memantau kilang-kilang makanan dan hotel-hotel restoran yang menyediakan makanan untuk pengguna Islam.

"Kita tak boleh tunggu lagi pihak kilang atau hotel panggil, baru kita pergi pantau di tempat mereka."

"Kalau boleh, ditempatkan pegawai (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia),JAKIM dengan pihak kilang atau hotel sendiri beri elaun untuk pastikan kualiti (bahan makanan dan barangan) terjamin halal."

Beliau juga mencadangkan badan penguatkuasa tersebut bekerjasama dengan para pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berjanji untuk memastikan semua makanan dan proses penyeliaan halal mengikut syariat Islam akan dikuatkuasakan menjelang tahun depan.

Menurut Jamil, JAKIM bersama-sama Jabatan Agama Islam negeri-negeri serta Jabatan Peguam Negara sedang menyiapkan draf undang-undang akta tersebut, sebelum dibawa ke Parlimen.

Rabu lepas, Taib mendesak kerajaan prihatin dengan industri pemakanan halal yang melibatkan majoriti rakyat Malaysia ketika menyertai sesi perbahasan Bajet 2010 di Parlimen.

Sekiranya Akta Halal berjaya dikuatkuasakan seperti yang dijanjikan, sekali gus menggalakkan lagi minat pelabur dalam dan luar melabur dalam industri hab halal negara.

Sumber blog Jafri Abu Bakar Mahmood

Tuesday, November 10, 2009

Tautan Kasih Kita

Slide 1
Di sini kita jalin
Tautan kasih kita
Kita susun batu bata membina kota
Pasaknya aqidah
Dindingnya akhlak dan ibadah
Lantainya semangat dan ukhwah

Tapak kota ini terbina
dari paduan tenaga pendokong setia
Yang pernah disenda
tak dipandang sebelah mata
Yang pernah mendaki bukit payah merintis derita
Yang pernah jatuh rebah bangkit semula
Namun usaha mereka tidak sia ­sia
Kini kota ini berdiri megah

Mari kita jaga kota kita
Biar seribu gegaran menerjah
Biar sejuta taufan menyanggah
Kita gempur jangan sekali undur

Ingatlah
Biar betapa susah resah hari ini
Laluan di hadapan lebih panjang
berliku dan berduri

Slide 1

Ayuh
denyut nadi kita biar senada
Derap langkah kita biar perkasa
Palu rebana satu irama
Buang jauh dengki khianat ke hutan banat
Marah dendam ke lurah dalam
Prasangka busuk ke telaga buruk

Di sini api keberanian kita telah menyala
Membakar hangus pagar-pagar ketakutan
Menghancur lebur batu-batu kejahilan

Di sini benih-benih suci ditabur
bertunas subur di pesisiran
tumbuh hijau di dataran
berdiri gagah di banjaran
biar tumbuhnya di mana
kelak harum bunganya
mewangi ke seluruh benua

Kota ini kota kita
Binalah dengan ikhlas rasa cinta
dan murni budi bakti
Bersama mencari makna hakiki
Menuju reda Ilahi

Nukil rasa : Sani09

Monday, November 9, 2009

Berita Baik Untuk Penggempur Produk Halal

Semua pengedar boleh menggunakan dewan caw HPA untuk kegiatan yang memenuhi Visi dan Misi HPA dengan mematuhi etika yang digariskan. Berikut ialah pandangan GM En Mohamad Faisol Abd Rahman melalui blog GM:
GM said...

salam
bagi menggunakan dewan perlu memohon pada cawangan dan menginfo pada komuniti setempat.ini adalah untuk mengelakan berlaku pertembungan. sesiapa saja bole menggunakan dewan tersebut.sebenarnya prosedur telah di keluarkan sejak dari dahulu lagi.
Bagi saya bukan istilah kebenaran dari PJS atau komuniti, tetapi menginfo supaya pemantauan dapat dibuat. pernah berlaku program yang tak dimaklumkan tetapi dibuat tidak mengikut etika HPA itu sendiri.
Jadi saya rasa kita sama-sama mempermudahkan bagi memastikan missi kita tercapai
wasalam

Sunday, November 8, 2009

GEMPUR & MAKMURKAN CAWANGAN


Unit Perubatan JAWI (Perak) menyahut saranan GM untuk membanyakkan perjumpaan dan program di dewan cawangan agar jualan produk dan kemahiran keusahawanan pengedar-pengedar HPA meningkat. Pada 7 Nov 2009 bertempat di dewan HPA Ipoh, Kursus Refleksologi asas telah berjaya diadakan dengan kehadiran peserta setempat sekitar 22 orang. Menurut saudara Herbalis Khamli selaku pembimbing kursus, lebih banyak program perawatan asas akan didedahkan kepada pengedar-pengedar HPA agar mereka tertarik dan terus istiqamah dengan HPA. Bagi menambah dan mengukuhkan lagi kefahaman dalam bidang perawatan, beliau mencadangkan peserta mendalami melalui program PIC dan Kursus Herbalis 3 minggu yang dianjurkan oleh KPPJ HPA di Jejawi Perlis.


Unit Perubatan JAWI (Perak) juga memakmurkan aktiviti di cawangan HPA Manjung apabila berjaya mengadakan Kursus Mendiagnos Saraf Tapak Tangan Asas pada Ahad-8 Nov 2009 yang lalu. Kehadiran pengedar HPA sekitar 18 orang menjadi pembakar semangat kepada pembimbing kursus iaitu Herbalis PJ Shafariah Ibrahim untuk mengadakan lagi kursus-kursus perawatan di cawangan2 HPA di negeri Perak bergantung kepada permintaan pengedar-pengedar setempat.


Bagi pengedar HPA yang berminat untuk mengikuti kursus perawatan 'Asas Akupuntur' pada bulan Disember 09, yang akan diadakan di dewan HPA Caw Ipoh, boleh hubungi Sha 013 6641872. "KE ARAH MEREALISASIKAN PERUBATAN JAWI"

Monday, November 2, 2009

Ayuh Sahabat...Kembali kepada Perawatan Nabi

GEMPAR...Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu. -Sumber blog Cina Islam.