Monday, October 12, 2009

PBC IPOH BERTUAH


PJE Sani mengalu-alukan kehadiran peserta. Herbalis Shafariah demo akupuntur


PBC Ipoh berjaya juga diadakan pada 10-11 Okt 2009 di Hotel Seri Malaysia Ipoh, walaupun ada kalangan peserta yang pada mulanya mendaftar tetapi pada saat akhir menarik diri.

Peserta PBC Ipoh ke 4 kali ini bertuah kerana dapat mengikuti Slot Bersama GM En Mohd Faisol Ab Rahman yang mengisi Slot 'Motivasi & Informasi HPA' dan pengisian Modul oleh PJMS DOTY 09, En Hafidzan Fauzi.

Peserta-peserta PBC yang kebanyakannya dari sekitar Komuniti Ipoh pada kali ini dibantu oleh PJ Cikgu Hamid yang menyampaikan Modul 1 'Tak Kenal Maka tak Cinta', PJIS Herbalis Pn Khalilah menyampaikan Modul 2-'Konsep Perubatan JAWI' dan PJ Herbalis Shafariah membentangkan Modul 3- '264 Produk HPA Halal Barakah', .
Pada sebelah petang, PJS Hj Zainal pula membentang Modul 4- 'Plan HPA Adil & Sukses' dan PJE Cikgu Sani menyampaikan Modul 5- 'Homeparty Nadi HPA'. Pada sebelah malam PJE Cikgu Sani sekali lagi membentangkan Modul ke 6 bertajuk 'Isu Kepenggunaan: Umat Islam Keliru dan Tertipu' dan diakhiri dengan Modul Keinsafan dengan tayangan video 'Keinsafan-Kejamnya Zionis'. Program Qiamullail dan kuliah Subuh dikendalikan oleh PR Nawawi yang menyampaikan tajuk 'Usahawan Muslim Berjaya'.
Selepas senaman pernafasan, peserta dibentangkan pula Modul ke 7 iaitu 'Diagnosis Saraf Tapak Tangan dan bengkel yang dikendalikan oleh PJ Herbalis Shafariah. Modul ke 8 dikendalikan oleh PJE Asma' dengan tajuk 'Sinergi Produk'. Motivasi dan Informasi Terkini disampaikan oleh GM En Faisol dan diakhiri dengan pembentangan Modul ke 9- '6M Rahsia Berjaya Usahawan HPA' yang disampaikan oleh DOTY PJMS Hafidzan Fauzi. Tahniah kepada semua peserta. GEMPUR PBC Disember. HPA Boleh.

No comments:

Post a Comment