Monday, June 1, 2009

PBC Duta Village Beach Resort berjaya

Pada 30-31 Jun 2009, seramai 32 orang peserta telah mendaftar. Pada awalnya, ramai yang berjanji untuk datang namun menarik diri di saat akhir kerana sibuk menghadiri kenduri dan bercuti.
Namun begitu, program dapat juga diadakan dengan jayanya. PJS Zainal mempengerusikan majlis dengan memberi taklimat awal kursus. PJE Mohd Sani telah membentangkan modul 'Umat Islam sering tertipu dan keliru' dan modul 'Indahnya bersama HPA'. PJS Zainal membentang modul 'Plan Pemasaran Adil dan Sukses'. Modul '6M jejak menuju jaya' dan '217 produk kita' disampaikan oleh PJ Shafariah. 'Malam Bintang-bintang' diserikan dengan motivasi penuh semangat oleh PJM Rosmandi. 'Malam Keinsafan' dikendalikan oleh PJE Mohd Sani dengan tayangan kekejaman Kuffar dan Yahudi di seluruh dunia. Para peserta bangun awal untuk berqiamullail yang dipimpin oleh Herbalis PJ Ramli Ahmad. Selepas kuliah subuh peserta bersama-sama membuat senaman pernafasan. Modul pertama hari Ahad dimulakan oleh PJS Ramli Ahmad yang membentangkan tajuk "Perubatan JAWI'. PJ Shafariah pula membentangkan tajuk 'Dianogsis Saraf Tapak Tangan' dan diikuti bengkel.
Tahniah kepada semua PJS dan peserta. GEMPUR RADIX. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment