Sunday, September 13, 2009

Seminggu selepas PBC Badar al Kubra di Ipoh, saya dan isteri bergegas pula ke Balok, Kuantan kira-kira pukul 11.30 malam untuk menjayakan PBC di sana selepas menghadiri Program Sepetang Bersama Anak Yatim Darus Salam di Tambun. Kira-kira pukul 6.45 pagi kami selamat sampai ke Balok Seaview Hotel. Alhamdulillah seramai 30 peserta telah mendaftar. Peserta kali ini amat beruntung kerana mendapat suntikan ilmu daripada dua orang PJM iaitu PJM Rosmandi dan PJM Jaafar di samping PJS Hj Zainal, PJS Herbalis Ramli. PJM Rosmandi telah membentang modul Kenali syarikat dan 6 M. PJS Zainal pula membentang modul 'Plan Pemasaran Adil dan Sukses' manakala PJS Ramli membentang modul 'Konsep Perubatan JAWI'.Saya ditugaskan untuk membentang Modul 'Umat Islam Keliru antara Halal dan Haram manakala Pj Shafariah diberi tanggungjawab membimbing peserta melalui 2 modul iaitu '262 Produk HPA Halal dan Barakah' dan 'Diagnos Saraf Tapak Tangan'. PJM Jaafar memberi suntikan motivasi melalui kata kunci D.U.I.T=RM yang cukup menarik tumpuan peserta yang majoritinya pelajar tahun 2 di UIA Caw Pahang dan Kolej Sultan Ahmad Shah.



No comments:

Post a Comment