Wednesday, December 30, 2009

GEMPUR PBC JAYAKAN INSENTIF 2010


PBC IPOH KEMBALI: PEMBUKA TIRAI 2010

Semua pengedar di sekitar Komuniti Ipoh dijemput menjayakan PBC 'Hijrah' yang akan diadakan pada 9-10 Januari 2010 di Hotel Seri Malaysia, Ipoh dengan bayaran RM150 sahaja. PBC kali ini akan dijayakan oleh PJMS Hafidzan Fauzi, PJMS Khalid Iskri, PJS Siti Rahmah, PJS Khalilah Wong, PJS Zainal Ahmad dan dibantu oleh fasilitator seperti PJE Cikgu Sani, Herbalis PJ Shafariah, PJ Cikgu Hamid dan ramai lagi. Semua pengedar dijemput membawa rangkaian dan rakan kongsi dalam PBC kali ini. Melalui program ini semua pengedar dapat peluang untuk mencapai impian seperti yang ditawarkan dalam INSENTIF 2010.

KURSUS AKUPUNTUR ASAS BERJAYA


Seramai 16 orang pengedar HPA sekitar Ipoh berjaya mengikuti Kursus asas Akupuntur yang diadakan di dewan HPA Caw Ipoh pada 19 Dis 2009 yang lalu. Peserta didedahkan tentang perawatan untuk mengatasi masalah sakit kepala, sakit saraf, resdung, awet muda dan meningkatkan imuniti. Rata-rata peserta berpuashati dan ingin mendalami lagi ilmu akupuntur lanjutan yang boleh ditimba dalam kursus Herbalis anjuran Unit Latihan KPPJ HPA di Jejawi Perlis. Menurut Herbalis PJ Shafariah selaku pembimbing kursus, peserta akan dapat mendalami kemahiran ini dengan menyertai kursus Herbalis selama 3 minggu yang diadakan setiap tahun oleh pihak HPA. Beliau mengajak ahli-ahli komuniti menggempur produk herba HPA bagi melengkapkan kesembuhan di samping modul perawatan yang dipelajari. Beliau selaku ketua unit perubatan JAWI akan menganjurkan lagi kursus-kursus asas seperti bekam sunnah, refleksologi, kiropraktik, iridiologi, saraf tapak tangan di sepanjang tahun 2010, untuk menanam kecintaan pengedar kepada perubatan JAWI, produk herba dan HPA itu sendiri.

Saturday, December 5, 2009

BANGUNKAN KOTA KITA DAN JANGAN BERPRASANGKA

Rakan Kongsi Perniagaan HPA sekalian....
Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra di antara satu sama lain adalah satu amalan baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana yang demikian boleh membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.

Sebaliknya hidup berpecah belah dan berjahat sangka itu dilarang keras, kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan dan porak peranda terhadap keutuhan kota kita.

Perkara2 yg boleh mendatangkan keruntuhan kota kita:
1. Berjahat sangka, seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seorang hingga berlaku perselisihan faham.
2. Mencari rahsia orang lain, seperti menyelidik keburukan peribadi orang hingga boleh menimbulkan suatu perselisihan. Firman Allah dalam Surat AlHijrat Ayat 12.
Ertinya, wahai mereka yang beriman, jauhilah kamu banyak daripada berjahat sangka bahawa setengah daripada jahat sangka itu menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia orang dan janganlah bermaki hamun setengah kamu terhadap setengah yang lain.
3. Mencari berita buruk, seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuk juga memetik berita-berita buruk (khabar angin) dari orang-orang jahat. Firman Allah dalam Surah AlHajrat ayat 6.
Ertinya: Wahai mereka yang beriman, jika datang kepada kamu orang-orang fasik (jahat) membawa satu berita maka hendaklah kamu periksa dan selidik kenyataannya terlebih dahulu kerana takut kalau-kalau mengenai sesuatu kaum dengan tiada pengetahuan lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.
4. Berhasad dengki, iaitu mencari jalan untuk menghilangkan nikmat yang ada kepada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya bukan sahaja kepada orang yang didengki bahkan kepada pendengki dan masyarakat. Dalam hadith yang lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ia boleh merosakkan kebaikan sebagaimana api boleh memakan kayu api.
5. Bermasam muka, iaitu menunjukkan perasaan benci terhadap orang lain. Sifat ini boleh merenggangkan perhubungan baik antara satu dengan yang lain.
6. Bermarah-marahan, iaitu bertengkaran di antara sesama sendiri. Dalam hadith lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: jangan kamu marah memarahi, jangan kamu berhasad dengki dan jangan kamu bermasam muka, sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.

PBC Balok Kuantan







Pada 5 & 6 Disember 2009, PBC Balok Kuantan telah diadakan dengan jayanya. Program yang berlangsung di Seaview Resort, Balok Kuantan, telah menarik peserta sekitar 25 orang sahaja. Penglibatan peserta merosot kerana ada yang menarik diri di saat akhir, walaupun pada awalnya lebih daripada 30 orang peserta membuat pengakuan untuk hadir.Suasana sekitar resort basah dan lembab kerana hujan turun berterusan hingga ada kawasan di sekitar Kuantan banjir. Kehadiran PJS Herbalis Ramli, PJS Zainal, PJMS Hj Jaafar dan PJS Noraini telah menghangatkan PBC kali ini.
Modul 'Tak kenal tak cinta' dan 'Umat Islam keliru & Tertipu' dibentang oleh PJE Cikgu Sani. Modul 'Plan pemasaran adil & Sukses' pula dibentang oleh PJES Hj Zainal. Manakala modul 'Produk halal, Suci & Barakah' dan 'Diagnosis Saraf Tapak Tangan' pula dibentang oleh PJ Herbalis Shafariah. Modul 'Konsep Perubatan Jawi' dihuraikan dengan baik oleh PJS Herbalis Ramli Ahmad yang turut mengetuai Qiamullail dan menyampaikan kuliah subuh. Manakala PJS Noohani Konting membentang Modul 'Produk Pilihan dan Sinergi' dengan penuh bertenaga. Akhir sekali Modul 'Gerakerja 6M' pula dibentang oleh PJMS HJ Jaafar Abd Ghani.PBC kali ini dibantu Fasilitator PR Mohd Sobri yang merupakan herbalis siri ke 13 yang turut menunjukcara kaedah membetulkan tulang belakang dan berkongsi pengalaman dalam 'Malam Bintang'. Pihak penyelaras program iaitu PJ Shahilawati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua PJS terlibat, pemimpin-pemimpin HPA dan seluruh peserta kerana menjayakan PBC kali ini.