Wednesday, September 30, 2009

PERJUMPAAN 3 DALAM 1

Tarikh: 2 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 7.15-11 malam

Agenda: Solat maghrib berjamaah
Tahlil untuk Allahyarhamah PJS Kak Zabedah.
Jamuan Idulfitri
(lemang, rendang ayam organik dan kerang, nasi impit dan macam2 ada)
Solat Isyak berjamaah.
Program Pra PBC 'Fitrah'

SEMUA JK, PEMIMPIN, PENGGERAK DAN AHLI KOMUNITI HPA CAW IPOH DIJEMPUT BERSAMA-SAMA MENJAYAKANNYA. (Jgn lupa bawa rakan kongsi niaga baru anda)

* Juga pakat bawa kuih raya, kita sama-sama merasa.

Sunday, September 27, 2009

PBC "Kembali Fitrah"


PBC FITRAH

TARIKH: 10-11 OKT 2009
TEMPAT: HOTEL SERI MALAYSIA IPOH
YURAN : RM150 JE

"GEMPUR PRODUK HALAL SUCI MELALUI PBC"

Tuesday, September 15, 2009

JOM PAKAT AJAK KAWAN JADI AHLI HPA....

Keistimewaan menjadi ahli HPA:

1.Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup.
2.Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
3.Katalog berjilid.
4.Perniagaan ini boleh diwarisi.
5.Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
6.Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
7.Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
8.Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
9.Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
10.Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
11.Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim

BIAR BANYAK BERTANYA AGAR TAK TERTANYA-TANYA

Soalan yang sering ditanya kepada MIS (jabatan keahlian HPA)

Nombor.Telefon MIS.
J : -049776805 / 049776804 fax: 049774121 email: mis@hpa.com.my

S : mendapat statement bonus & haraki secara email.

S : Senarai cawangan hpa dan stokis?
J : Boleh diambil dengaan download fail excel di http://hpa.com.my klik menu cawangan

S : Bagaimana gantikan kad id hpa saya yang hilang?
J : Hanya perlu ke cawangan hpa, isi borang dengan bayaran RM5.00.((Mengambil masa 1 bulan disiapkan)

S : Bagaimana ingin dapatkan no id hpa yang lupa?
J : Hanya perlu ke cawangan beri no ic anda kepada staf cawangan.Terus boleh buat belian Produk HPA

SEMOGA TERJAWAB ADANYA.....

S : Bagaimana untuk mendapat senarai donwline?
J : Call -049776805 / 049776804 fax: 049774121 email: yuslina_y@yahoo.com @ awm.mis@gmail.com seeloknya anda mempunyai kemudahan email(boleh guna email cawangan hpa)

S : Bagaimana ingin tahu rangkaian yang aktif?
J : Sila buat belian minima 50NM, pasti menerima statement daripada MIS

S : Bagaimana ingin tukar penaja?
J : Syarat untuk membuat pertukaran penaja. Ahli tersebut mestilah berdaftar pada tahun 2003 atau sebelum sahaja yang dibenarkan.Dan mestilah TIDAK AKTIF/TIDAK MEMBUAT BELIAN LANGSUNG.Untuk memohon tuan/puan Mestilah membuat surat rayuan penajaan semula , isi borang ahli baru dan sertakan salinan ic.Kepilkan ketiga2 nya. hantar ke mis . u/p EN SAHARUDDIN MD ISA.

S : Berapa lama KAD Ahli akan di siapkan?
J :Kebiasaan 2 minggu. Pastikan alamat di isi di borang ahli lengkap. berserta i/c photostat. kebiasaan alamat kampung tiada no rumah menjadi masalah kepada POSMEN untuk hantar kad ahli HPA.

S : Bagaimana Dapatkan Senarai produk?
J :Kini Terdapat 261 produk HPA. Boleh rujuk web.
http://hpa.com.my/produk-hpa

S : Syarat-syarat buka stokis?
J :Ada 3 jenis stokis. Stokis, PSD, Pusat Jualan Dan Pusat Agensi. Syarat rujuk web, http://hpa.com.my/metrohpa/?p=273.

Nota: Pertanyaan tentang MIS boleh rujuk terus ke Cawangan HPA

Sunday, September 13, 2009

TERKENANG TERIMA ANUGERAH KONVEK 09

Alhamdulillah, penglibatanku dalam HPA bermula awal 2007 telah dihargai oleh HPA apabila dianugerahkan PJE semasa Konvek 2009 yang lalu. Terima kasih kepada semua PJS kerana membantuku dalam perniagaan ini terutama kepada penaja saya PJS Hj Zainal Ahmad dan guru bekam saya PJS Herbalis Ramli Ahmad dari Hulu Langat.Tak dilupakan juga kepada ibu bapa dan isteri tercinta iaitu PJ Herbalis Shafariah yang sentiasa bersama dan mendoakan kejayaanku dalam perjuangan ini. Kepada anak-anakku, Muhammad Hasan Adli, Salsabila Najwa, Liyana Sabreena, Muhamad Akmal Syahmi, Hasya Insyirah, Muhamad Hazim Sidqi dan Muhammad Ikhwan Fitri dan .........ayah doakan kalian agar diberi kesabaran menghadapi karenah ayahmu ini.......

Seminggu selepas PBC Badar al Kubra di Ipoh, saya dan isteri bergegas pula ke Balok, Kuantan kira-kira pukul 11.30 malam untuk menjayakan PBC di sana selepas menghadiri Program Sepetang Bersama Anak Yatim Darus Salam di Tambun. Kira-kira pukul 6.45 pagi kami selamat sampai ke Balok Seaview Hotel. Alhamdulillah seramai 30 peserta telah mendaftar. Peserta kali ini amat beruntung kerana mendapat suntikan ilmu daripada dua orang PJM iaitu PJM Rosmandi dan PJM Jaafar di samping PJS Hj Zainal, PJS Herbalis Ramli. PJM Rosmandi telah membentang modul Kenali syarikat dan 6 M. PJS Zainal pula membentang modul 'Plan Pemasaran Adil dan Sukses' manakala PJS Ramli membentang modul 'Konsep Perubatan JAWI'.Saya ditugaskan untuk membentang Modul 'Umat Islam Keliru antara Halal dan Haram manakala Pj Shafariah diberi tanggungjawab membimbing peserta melalui 2 modul iaitu '262 Produk HPA Halal dan Barakah' dan 'Diagnos Saraf Tapak Tangan'. PJM Jaafar memberi suntikan motivasi melalui kata kunci D.U.I.T=RM yang cukup menarik tumpuan peserta yang majoritinya pelajar tahun 2 di UIA Caw Pahang dan Kolej Sultan Ahmad Shah.



Wednesday, September 9, 2009


JOM RAMAI-RAMAI KITA RAIKAN ANAK YATIM

Komuniti Ipoh akan mengadakan majlis 'Sepetang HPA bersama anak yatim' di Maahad Darus Salam di Tambun, Perak pada 21 Ramadhan bersamaan 11 September 2009. Dalam majlis tersebut pelbagai aktiviti akan diadakan seperti ramah mesra, diagnos tapak tangan, majlis berbuka dengan hidangan utama satay HPA dan ayam goreng organik berempah HPA dan kordial mangga HPA. Turut diadakan penyampaian cenderahati kepada semua anak yatim, solat maghrib, isyak dan tarawikh berjamaah. Semua ahli HPA komuniti Ipoh dijemput memeriahkan majlis ini.

Saturday, September 5, 2009


PBC BADAR AL KUBRA BERJAYA
Walau di tengah-tengah 'duri yang menikam', program PBC berjaya juga diadakan di Hotel Seri Malaysia Ipoh dengan kehadiran 32 orang peserta yang dibimbing oleh PJS Rosmandi, PJS Ramli dan PJS Zainal serta rakan-rakan fasi. Tahniah kepada semua PJS, peserta dan leader2 Ipoh. Jumpa lagi dalam PBC seterusnya. GEMPUR