Monday, October 26, 2009

HPA GEMILANG DI KLUANG


Pada 24 Okt 2009, HPA telah melakar sejarah gemilang di bandar Kluang, Johor apabila melancarkan perkhidmatan Restoren Ayam Goreng Organiknya RFC. Mercu tanda perkhidmatan sebegini adalah yang pertama di selatan tanahair. Marilah kita sama-sama berdoa semoga cita-cita murni HPA membuka lebih banyak RFC menjadi kenyataan. Sokongan dan dokongan daripada semua pengedar HPA menggempur dan menaja keahlian HPA amat diperlukan. GEMPURRRR

HPA MELANGKAH GAGAH


HPA membuka lembaran baru dalam dunia perniagaan dan perkhidmatannya apabila melancarkan pembukaan Radix Pizza House pada 17 Oktober lalu. Pembukaan Pizza House ini menambah satu lagi mercu tanda kegemilangan HPA di Bandar Lagenda Height Sg. Petani.

Wednesday, October 14, 2009

KURSUS REFLEKSOLOGI DI IPOH


Sejak Komuniti Ipoh ditubuhkan, beberapa Kursus Rawatan dan Diagnos penyakit telah berjaya dianjurkan, antaranya ialah '10 titik bekam sunnah', , 'Kiropraktik', 'Iridologi & Saraf Tapak Tangan'. Oleh kerana sambutan yang diberikan sangat menggalakkan, Insyaallah Unit Perubatan JAWI Komuniti Ipoh akan menganjurkan Kursus Refleksologi (Urutan Tapak Kaki & Tangan) . Pembimbing Kursus kali ini akan dikendalikan oleh Herbalis Khamli, Herbalis PJ Shafariah dan PJE Cikgu Sani. Pengedar dan pemimpin HPA di sekitar Ipoh boleh membawa rangkaian baru yang berminat untuk mempelajari khazanah seni urutan yang dapat menyelesaikan banyak permasalahan kesihatan masa kini.

Tarikh : 7 November 2009
Masa : 9.00 pagi ---- 4.30 petang
Tempat : Dewan Utama HPA Ipoh
Yuran : Rm 50 sahaja (Termasuk bahan kursus, sijil dan makan jamuan makan)
Anjuran : Unit Perubatan JAWI Komuniti Ipoh
Hubungi: PJ Shafariah (013 6641872)
"JANGAN LUPA BAWA MINYAK BUT-BUT DAN TUALA KECIL"


"KE ARAH MELAHIRKAN USAHAWAN HERBALIS MUSLIM HPA YANG BERJAYA"

Monday, October 12, 2009

PBC IPOH BERTUAH


PJE Sani mengalu-alukan kehadiran peserta. Herbalis Shafariah demo akupuntur


PBC Ipoh berjaya juga diadakan pada 10-11 Okt 2009 di Hotel Seri Malaysia Ipoh, walaupun ada kalangan peserta yang pada mulanya mendaftar tetapi pada saat akhir menarik diri.

Peserta PBC Ipoh ke 4 kali ini bertuah kerana dapat mengikuti Slot Bersama GM En Mohd Faisol Ab Rahman yang mengisi Slot 'Motivasi & Informasi HPA' dan pengisian Modul oleh PJMS DOTY 09, En Hafidzan Fauzi.

Peserta-peserta PBC yang kebanyakannya dari sekitar Komuniti Ipoh pada kali ini dibantu oleh PJ Cikgu Hamid yang menyampaikan Modul 1 'Tak Kenal Maka tak Cinta', PJIS Herbalis Pn Khalilah menyampaikan Modul 2-'Konsep Perubatan JAWI' dan PJ Herbalis Shafariah membentangkan Modul 3- '264 Produk HPA Halal Barakah', .
Pada sebelah petang, PJS Hj Zainal pula membentang Modul 4- 'Plan HPA Adil & Sukses' dan PJE Cikgu Sani menyampaikan Modul 5- 'Homeparty Nadi HPA'. Pada sebelah malam PJE Cikgu Sani sekali lagi membentangkan Modul ke 6 bertajuk 'Isu Kepenggunaan: Umat Islam Keliru dan Tertipu' dan diakhiri dengan Modul Keinsafan dengan tayangan video 'Keinsafan-Kejamnya Zionis'. Program Qiamullail dan kuliah Subuh dikendalikan oleh PR Nawawi yang menyampaikan tajuk 'Usahawan Muslim Berjaya'.
Selepas senaman pernafasan, peserta dibentangkan pula Modul ke 7 iaitu 'Diagnosis Saraf Tapak Tangan dan bengkel yang dikendalikan oleh PJ Herbalis Shafariah. Modul ke 8 dikendalikan oleh PJE Asma' dengan tajuk 'Sinergi Produk'. Motivasi dan Informasi Terkini disampaikan oleh GM En Faisol dan diakhiri dengan pembentangan Modul ke 9- '6M Rahsia Berjaya Usahawan HPA' yang disampaikan oleh DOTY PJMS Hafidzan Fauzi. Tahniah kepada semua peserta. GEMPUR PBC Disember. HPA Boleh.